KMP a.k.a Kolej Matrikulasi Perlis adalah destinasi aku yang
pertama untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang sebenar yang lebih mencabar
daripada bayangan aku sebagai seorang perantau dan juga sebagai seorang
pelajar.
Sebaik saja aku mendapat berita daripada ibu bapa aku yang
mengatakan aku bakal melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis, tidak
tahu apakah yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Adakah gembira,
teruja, sedih, muram? Entahlah. Sukar untuk aku ungkapkan.
Mungkin perasaan aku ketika itu sedih barangkali atau juga
gembira. Kenapa sedih? Mungkin ini kali pertama aku terpaksa berjauhan dengan
keluarga tercinta. Kenapa pula gembira? Kerana aku bias merantau jauh hingga ke
utara bersama sahabat handal aku.
Pada mulanya aku menjejakkan kaki di KMP, aku fikir, aku
boleh meneruskan hidup ini tanpa keluargaku di sisi. Namun, harapan aku meleset
sama sekali, sungguh aku tidak boleh menghadapinya. Pernah teflintas di
fikiranku untuk untuk berpindah ke matrik yang lebih dekat jaraknya dengan
rumahku, tapi ibuku tidak mengizinkan. Ibuku menyuruh aku untuk mencuba untuk
hidup sendiri tanpa mereka disisi kerana kita tidak seharusnya terlalu
bergantung kepada seseorang untuk meneruskan hidup ini. Jika orang yang kita
selalu bergantung itu tiada, adakah kita juga harus menamatkan hidup ini?
Tidak. Jadi bermulanya pada saat itu, aku cuba untuk hidup tanpa sesiapa yang
aku kenal disisi.
Lama kelamaan, aku merasa kehidupan di sini tanpa keluarga
di sisi tidaklah seteruk yang aku fikirkan. Banyak pengalaman dan memori yang
tercipta yang aku tidak boleh dapat sewaktu di sekolah dulu.
Sewaktu aku berada di sini, barulah aku dapat merasai
bagaimanakah perasaan ketika ingin pulang ke kampung, perasaan rindukan kampung
halaman…aarrggghhh..indahnya..
Di sana, juga aku belajar bagaimana untuk berjimat-cermat,
tapi bukan selalu pun aku berjimat-cermat kerana makanan di sana sangat murah.
That’s why badan aku naik masa aku duduk sana. Hmmm..ingatkan duduk sana boleh
kurus, tapi hampeh makin gemuk adalah.L
Banyak pengalaman dan memori yang tercipta antara aku dan
kawan-kawan walaupun hanya setahun kami berkenalan.
Selama setahun kami melalui kehidupan bersama-sama, akhirnya
tiba masanya untuk kami berpisah membawa haluan masing-masing. Setiap pertemuan
pasti akan ada perpisahan. Saat itu adalah saat yang paling sedih bagi kami,
walaupun hanya setahun kami meluangkan bersama, tapi kami merasakan yang kami
seperti sudah bertahun-tahun berkenalan. Itulah kuasa sakti sahabat. (T_T)
Dan sekarang kami telah bergelar alumni KMPIANS.