Ahad, 20 Disember 2015

PROLOG

Prolog merupakan permulaan sebuah cerita. Di setiap cerita mesti ada permulaannya.bukan cerita sahaja yang ada permulaannya, tapi kehidupan seorang manusia juga ada permulaannya. Permulaan kehidupan manusia mempunyai banyak fasa iaitu ketika bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Permulaan kehidupan seorang manusia adalah bermula apabila kita lahir daripada perut ibu kita. Tetapi ketika kita masih bergelar seorang bayi kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Semuanya memerlukan pertolongan ibu bapa atau orang lebih dewasa yang boleh mengendalikan kita. Ketika kita lapar menginginkan makanan kita hanya boleh menjerit kerana seorang bayi tidak boleh bercakap, mereka hanya bleh menjerit atau menangis sahaja.
Ketika bayi jugalah kita belajar merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya. Namun hidup sebagai seorang bayi bukanlah permulaan yang mencabar kerana mereka tidak perlu memikirkan masalah yang ada di sekeliling mereka.

Kehidupan sebagai seorang kanak-kanak juga tidak begitu rumit kerana pada ketika itu mereka hanya fikir nak main apa hari ini, nak beli mainan apa nanti atau ingin menonton kartun apa hari ini. Hanya mainan dan kartun sahaja yang ada di fikiran mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan