Ahad, 20 Disember 2015

NS - Nice Scenery

Tajuk pada kali bagi aku lebih mencabar daripada minggu-minggu sebelumnya iaitu akronim. Kami harus menggunakan huruf pertama daripada nama kami untuk dijadikan tajuk blog padakali ini. Contohnya, nama aku Nur Syafikah so, huruf  yang harus aku gunakan ialah ‘NS’.
Pada mulanya aku terfikir untuk membuat tajuk ‘Negeri Sembilan’ kerana perkataan itu saja yang terlintas di fikiran, tapi awal-awal lagi pensyarah aku memberitahu nama orang atau nama tempat tidak dibenarkan.
Argghhhh…habis tu aku nak buat tajuk apa dengan huruf ‘NS’ ni…hmmmm..(sigh).
Fikir punya fikir,lastly aku dapat juga tajuk yang sesuai iaitu ‘nice scenery’ dalam Bahasa melayunya ialah pemandangan yang cantik.
Kat mana-mana pun kita boleh tengok pemandangan yang cantic di muka bumi ini. Namun sekarang ini,pemandangan yang cantik itu kini sudah semakin pupus. Kerana apa? Sebabnya kita sebagai manusia yang tinggal dimuka bumi ini tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat. Sebagai contohnya, bila pergi bersiar-siar ditaman atau sebagainya ada segelintir masyarakat yang malas untuk membuang sampah mereka ke dalam tomg sampah yang telah disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya. Akibatnya pemandangan yang dulunya cantik, kini sudah kotor dan tak ramai yang ingin melihatnya. Maka kita sendiri juga yang rugi kerana sudah tidak dapat melihat pemandangan yang cantik lagi.

 Jadi di sini saya ingin tegaskan kepada semua masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga persekitaran kita supaya pemandangan yang indah ini tidak ditenggelami oleh sampah sarap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan