Isnin, 16 November 2015

siapa diriku

Malas ialah perkataan yang begitu sinonim atau sesuai untuk menggambarkan siapa diri aku sebenarnya. Aku begitu cemburu melihat rakan-rakanku yang begitu rajin sekali dalam melakukan apa-apa tugas. Namun apakan daya aku sendiri buntu bagaimanakah cara untuk aku membaiki sikap aku yang malas ini. Tetapi adakah penawar atau ubat untuk mengubati penyakit aku ini?
Perasaan malas ini selalu membuatkan aku selalu melakukan sesuatu tugas di akhir-akhir waktu. Hasilnya kerja yang aku laksanakan atau lakukan tidak memenuhi piawaian atau citarasa yang diingini. Akibatnya aku sendiri yang susah. Aduh sakitnya. Disebabkan kemalasanku ini boleh mengakibatkan aku gagal untuk mencapai apa yang aku inginkan dalam hidupku ini. =(

Assalamualaikum.