Semua orang mesti ada
cita-cita yang ingin korang semua nak capai kan? Cita-cita ni bukan sahaja apa
yang korang semua nak jadi apabila korang semua dah besar nanti. Cita-cita juga
boleh ditafsirkan sebagai azam atau keinginan korang. Contohnya, seseorang tu
nak kurus dalam masa dua bulan atau nak kahwin dengan orang kaya atau cantik.
Itu juga merupakan cita-cita.
Aku pun ada cita-cita
aku sendiri yang ingin aku capai. Antaranya ialah nak keliling dunia (keliling
Malaysia pun tak habis lagi nak keliling dunia). Tapi kalau aku nak keliling
dunia aku harus mempunyai kewangan yang kukuh. Baru syok nak keliling dunia.
Haha.. Untuk mempunyai kewangan yang kukuh tak semestinya harus mempunyai
pekerjaan yang berjawatan tinggi. Berniaga pisang goreng tepi jalan pun boleh
jadi kaya asalkan kita berusaha.
Itu saja coleteh saya
pada hari ini.
Sekian, terima kasih.