Isnin, 19 Oktober 2015

Beban

Beban merupakan satu tanggungjawab atau barang yang berat untuk dipikul. Pada masa kini kebanyakan masyarakat dibebani dengan masalah hutang bukan sahaja berhutang dengan pihak bank malah dengan kawan-kawan serta ahli keluarga sendiri. Namun ada juga sesetengah individu yang meminjam dengan along.
Mengapakah mereka berhutang?
Salah satu faktornya adalah ibu bapa ingin memenuhi kehendak anak-anak yang tidak tehingga. Sebagai contohnya seorang anak ingin memiliki telefon pintar yang harganya mencecah ribuan ringgit. Bagi ibu bapa yang mempunyai gaji yang rendah, mereka terpaksa meminjam demi untuk memenuhi permintaan anak-anak mereka. Memenuhi permintaan anak-anak adalah salah satu cara untuk ibu bapa menggembirakan hati anak-anak mereka. Mereka tidak seharusnya membebankan diri mereka dengan berhutang hanya untuk memenuhi permintaan anak-anak mereka. Sebaliknya, mereka harus menggembirakan hati anak-anak mereka mengikut kemampuan mereka sahaja tanpa perlu meminjam dari mana-mana pihak pun.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan