Isnin, 19 Oktober 2015

Cita-citaku

Semua orang mesti ada cita-cita yang ingin korang semua nak capai kan? Cita-cita ni bukan sahaja apa yang korang semua nak jadi apabila korang semua dah besar nanti. Cita-cita juga boleh ditafsirkan sebagai azam atau keinginan korang. Contohnya, seseorang tu nak kurus dalam masa dua bulan atau nak kahwin dengan orang kaya atau cantik. Itu juga merupakan cita-cita.
Aku pun ada cita-cita aku sendiri yang ingin aku capai. Antaranya ialah nak keliling dunia (keliling Malaysia pun tak habis lagi nak keliling dunia). Tapi kalau aku nak keliling dunia aku harus mempunyai kewangan yang kukuh. Baru syok nak keliling dunia. Haha.. Untuk mempunyai kewangan yang kukuh tak semestinya harus mempunyai pekerjaan yang berjawatan tinggi. Berniaga pisang goreng tepi jalan pun boleh jadi kaya asalkan kita berusaha.
Itu saja coleteh saya pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan