Ahad, 27 September 2015

Obesiti

 Masalah berat badan yang berlebihan atau lebih dikenali dengan nama obesiti sering kali menghantui kehidupan seseorang lebih-lebih lagi wanita.
 Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini. Antaranya ialah tekanan. Persoalannya bagaimanakah tekanan boleh membawa kepada obesiti? Apabila seseorang itu menghadapi tekanan, kebiasaannya mereka akan menghabiskan masa mereka dengan makan sepuasnya untuk mehilangkan tekanan mereka.
 Selain itu, obsesi terhadap makanan juga boleh membawa kepada obesiti. Kadang-kadang, apabila seseorang itu sudah asyik makan sehinggakan terlupa berapa banyakkah kuantiti makanan yang telah dimakan oleh mereka. Bukan itu sahaja obsesi terhadap makanan yang berlemak dan berminyak seperti makanan segera, coklat, dan sebagainya juga boleh menyebabkan masalah kegemukan.
 Sekian saja perkongsian saya pada kali ini.

Obsesi

 Apa itu obsesi? Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat, obsesi ini merupakan sesuatu yang sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang. Bila mendengarkan kepada maksud obsesi itu pasti hanya input negatif yang berlegar-legar dalam fikiran kita.
 Sekarang ni, ubah 'mind set' kita tentang obsesi. Ubah pemikiran kita tentang obses ini hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada seseorang. Pada pandangan saya, itu merupakan satu ideologi yang tidak idealistik. Hal ini kerana, hakikatnya obsesi ini ada yang baik dan ada yang buruk.
 Obsesis ini sebenarnya luas. Suka untuk saya sebutkan beberapa obsesi yang ghalibnya berlaku di Malaysia. Antaranya ialah obses kepada makanan, cinta, permainan video dan termasuklah obses kepada sosial media. Sebenarnya, obses kepada semua yang tersebut itu tadi adalah tidak menjadi satu masalah seandainya kita bijak dalam mengaplikasi obsesi kita terhadap sesuatu itu melalui medium yang betul dan berfaedah.
 Mungkin masih ada yang tidak faham. Beginilah, saya ambil contoh obses kepada cinta. Tidak salah seandainya kita terlampau sayang, cinta dan kasih akan seseorang itu. Namun  begitu, harus diingati supaya hal itu tidak menjadi satu kemudaratan kepada kita. Untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku kepada kita, cuba kita berpaling kepada prinsip syara' yang menuntut kita untuk mencintai manusia tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan rasulullah S.A.W. Nabi S.A.W pernah bersabda 'tidak sempurna iman seseorang itu selagi aku ni lebih dia kasih dan cinta berbanding orang dia sekelilingnya'.
 Nampak tak? Sebenarnya obsesi ini boleh membawa kebaikan juga walaupun tidak dinafikan implikasi buruk tabiat ini lebih banyak berbanding dengan kebaikannya. Saya cuma ingin mengubah perspektif sesetengah masyarakat yang terlampau gerun apabila mendengar perkataan 'obses' ini.
 Rasanya tidak perlulah saya hurai dengan lebih panjang lagi. Cukup saya hentikan titisan tinta saya dengan satu noktah yang cukup bermakna, Insya Allah.