Selasa, 24 November 2015

Makanan

Terdapat berjuta-juta jenis makanan yang ada di seluruh dunia ini. Di Malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Di Malaysia pun ada pelbagai jenis makanan dan lauk-pauk yang berasal dari semua kaum di Malaysia ini. Contohnya, makanan kaum melayu iaitu nasi kerabu, nasi lemak, nasi minyak dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan satu-satu memang tak habis.
Makanan kegemaran saya ialah laksa penang. Walaupun saya ni berasal dari Terengganu, tapi laksa penang adalah makanan kegemaran saya sebab dalam kuah laksa ada ikan. Hahaha… LOL..

Seterusnya, nasi dagang pun tak kurang hebatnya juga. Nasi dagang pun salah satu makanan kegemaran aku. Tapi nasi dagang ni aku hanya boleh makan setahun sekali sahaja atau mungkin dua kali itupun time raya je aku boleh makan. Fuhhh…sedapnya..:P