Isnin, 12 Oktober 2015

Exam

Exam atau bahasa melayunya peperiksaan merupakan perkataan yang mungkin mengerikan bagi sesetengah pelajar. Tujuan exam ini sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman para pelajar terhadap apa yang telah mereka pelajari di sekolah.
Tapi masalah para pelajar zaman sekarang ialah mereka terlalu bergantung kepada tajuk peruncingan yang diberikan oleh guru-guru mereka apabila hendak menghadapi peperiksaan. Dan mereka hanya akan mengulangkaji tajuk-tajuk peruncingan sahaja. Kalau tajuk peruncingan yang mereka dapat semua itu adalah betul, mungkin itu adalah markah bonus kepada mereka. Tapi kalau salah, tidakkah sia-sia sahaja usaha mereka mengulangkaji semua tajuk peruncingan itu.
Jadi kesimpulannya ialah para pelajar hendaklah tidak terlalu bergantung kepada tajuk peruncingan semata-mata untuk mengulangkaji atau membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Okeyyy..
Sekian, terima kasih..

Mentor

Assalamualaikum semua…
Topik kita pada mingu ini adalah berkaitan dengan mentor. Ok… Apa itu mentor?? Hmmm… Pak cik ‘google’ cakap mentor ialah seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih, serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya.
Korang semua mesti pernah ada kumpulan mentor mentee masa kat sekolah atau matrikulasi ataupun kat universiti kan? Tipu la kalau tak pernah ada.
Tapi penting sangatkah program mentor mente ini kepada para pelajar? Bagi aku tak penting pun sebab pelajar sekarang bukan rajin sangat pun nak datang pergi jumpa mentor mereka. Mungkin ada yang pergi jumpa mentor mereka tapi itu hanya untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau universiti.
Bagi aku program hanya membuang masa aku sahaja. Banyak benda lagi yang boleh aku buat selain daripada pergi jumpa mentor bagai. Contohnya tidur, lepak dengan kawan-kawan, bersosial dan sebagainya.

Apa lagi ek? Hmm.. Tu je kot. Bye-bye..