Isnin, 12 Oktober 2015

Exam

Exam atau bahasa melayunya peperiksaan merupakan perkataan yang mungkin mengerikan bagi sesetengah pelajar. Tujuan exam ini sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman para pelajar terhadap apa yang telah mereka pelajari di sekolah.
Tapi masalah para pelajar zaman sekarang ialah mereka terlalu bergantung kepada tajuk peruncingan yang diberikan oleh guru-guru mereka apabila hendak menghadapi peperiksaan. Dan mereka hanya akan mengulangkaji tajuk-tajuk peruncingan sahaja. Kalau tajuk peruncingan yang mereka dapat semua itu adalah betul, mungkin itu adalah markah bonus kepada mereka. Tapi kalau salah, tidakkah sia-sia sahaja usaha mereka mengulangkaji semua tajuk peruncingan itu.
Jadi kesimpulannya ialah para pelajar hendaklah tidak terlalu bergantung kepada tajuk peruncingan semata-mata untuk mengulangkaji atau membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Okeyyy..
Sekian, terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan