10.10.2015 adalah
tarikh ulang tahun kelahiran adikku yang berusia 17 tahun pada tahun ini. Dia
bakal menghadapi peperiksaan SPM pada 2.11.2015 ini.
Pada tahun ini aku
tidak dapat bersamanya dan keluargaku untuk sama-sama menyambut ulang tahun kelahirannya
kerana aku kini sedang berada jauh di perantauan. Maafkan aku wahai adikku.
Namun aku tetap mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya dengan menggunakan
teknologi yang ada pada masa kini iaitu telefon bimbit.
Aku berharap dia
menyukai akan ucapanku itu walaupun aku hanya mengucapkannya melalui telefon
bimbit sahaja. Itu sahaja yang mampu aku lakukan untuk mengembirakan hatimu
wahai adikku.
Sekian itu sahaja
luahan hatiku, assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan