Aku mempunyai seorang
sahabat perempuan yang seusia denganku yang diberi nama khas daripada ibu
bapanya iaitu Nor Hayati Binti Mazlan. Dia dilahirkan pada tanggal 17 Julai
1996 dan dia mempunyai seorang adik kembar yang bernama Nor Hayani Binti
Mazlan. Aku mengenali mereka sejak aku berusia lima tahun.
Tidak begitu banyak
memori yang dapat kami ciptakan sewaktu kami berumur 5 dan 6 tahun kerana
masing-masing masih belum lagi mengenali diri masing-masing.
Setelah kami
menamatkan kehidupan kami sebagai kanak-kanak di tadika kemas, kami menyambung
pelajaran kami di sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama. Di situlah
bermulanya dan berputiknya bibit-bibit cinta dan saying antara kami sebagai
sahabat. Kami telah ditakdirkan untuk bersama sehinggalah ke zaman matrikulasi.
Segala suka dan duka, pahit dan manis telah kami kongsikan bersama, lebih-lebih
lagi sewaktu kami berada di perantauan. Ia merupakan memori terindah buat kami.
Kini, dia sedang
menyambung pelajarannya di sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Utara
Malaysia (UUM) dalam bidang keusahawanan.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan