Sabtu, 12 Disember 2015

KMP a.k.a Kolej Matrikulasi Perlis

KMP a.k.a Kolej Matrikulasi Perlis adalah destinasi aku yang pertama untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang sebenar yang lebih mencabar daripada bayangan aku sebagai seorang perantau dan juga sebagai seorang pelajar.
Sebaik saja aku mendapat berita daripada ibu bapa aku yang mengatakan aku bakal melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis, tidak tahu apakah yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Adakah gembira, teruja, sedih, muram? Entahlah. Sukar untuk aku ungkapkan.
Mungkin perasaan aku ketika itu sedih barangkali atau juga gembira. Kenapa sedih? Mungkin ini kali pertama aku terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta. Kenapa pula gembira? Kerana aku bias merantau jauh hingga ke utara bersama sahabat handal aku.
Pada mulanya aku menjejakkan kaki di KMP, aku fikir, aku boleh meneruskan hidup ini tanpa keluargaku di sisi. Namun, harapan aku meleset sama sekali, sungguh aku tidak boleh menghadapinya. Pernah teflintas di fikiranku untuk untuk berpindah ke matrik yang lebih dekat jaraknya dengan rumahku, tapi ibuku tidak mengizinkan. Ibuku menyuruh aku untuk mencuba untuk hidup sendiri tanpa mereka disisi kerana kita tidak seharusnya terlalu bergantung kepada seseorang untuk meneruskan hidup ini. Jika orang yang kita selalu bergantung itu tiada, adakah kita juga harus menamatkan hidup ini? Tidak. Jadi bermulanya pada saat itu, aku cuba untuk hidup tanpa sesiapa yang aku kenal disisi.
Lama kelamaan, aku merasa kehidupan di sini tanpa keluarga di sisi tidaklah seteruk yang aku fikirkan. Banyak pengalaman dan memori yang tercipta yang aku tidak boleh dapat sewaktu di sekolah dulu.
Sewaktu aku berada di sini, barulah aku dapat merasai bagaimanakah perasaan ketika ingin pulang ke kampung, perasaan rindukan kampung halaman…aarrggghhh..indahnya..
Di sana, juga aku belajar bagaimana untuk berjimat-cermat, tapi bukan selalu pun aku berjimat-cermat kerana makanan di sana sangat murah. That’s why badan aku naik masa aku duduk sana. Hmmm..ingatkan duduk sana boleh kurus, tapi hampeh makin gemuk adalah.L
Banyak pengalaman dan memori yang tercipta antara aku dan kawan-kawan walaupun hanya setahun kami berkenalan.
Selama setahun kami melalui kehidupan bersama-sama, akhirnya tiba masanya untuk kami berpisah membawa haluan masing-masing. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Saat itu adalah saat yang paling sedih bagi kami, walaupun hanya setahun kami meluangkan bersama, tapi kami merasakan yang kami seperti sudah bertahun-tahun berkenalan. Itulah kuasa sakti sahabat. (T_T)
Dan sekarang kami telah bergelar alumni KMPIANS.


G - Great Day

Pada minggu-minggu yang lepas kami selalunya akan diberikan tajuk-tajuk yang spesifik untuk mengarang blog-blog kami, tetapi pada kali ini kamu dibenarkan untuk memilih salah satu abjad daripada 25 abjad iaitu A-Z. Penghuni dalam kelas aku seramai 35 orang, so memang tak cukuplah abjad itu untuk kami semua. Kesimpulannya, kami terpaksa berebut-rebut untuk dapatkan abjad yang kami inginkan. Siapa cepat dia dapat. Aku sedikit lambat ketika itu, akhirnya aku dapat huruf ‘G’. Aku terfikir-fikir apakah tajukyang sesuai untuk tajuk blog aku kali. Sungguh tak terlintas di fikiranku. Fikir punya fikir akhirnya aku dapat tajuk yang sesuai kot iaitu ‘great day’ atau bahasa melayunya hari yang gembira atau hebat.
Hari yang gembira atau great day mestilah bila bersama orang yang tersayang kan atau bila bersama dengan orang yang kita suka. Hari gembira aku..hmmm.. Bagi aku,tiap-tiap hari kena happy, baru syok hidup.
Hmmm..great day aku ialah bila buat something yang kita suka contohnya spend time dengan family, hangout dengan kawan-kawan, makan makanan yang aku suka, baca novel, dan banyak lagi.
Selain hantu novel, aku juga hantu makan. So bila keluar makan, aku rela habiskan berpuluh-puluh ringgit hanya untuk beli makanan je. Bagi aku hanya dengan makan saja, aku dah cukup gembira. Aku memang pantang nampak makanan sedap je terus nak sambar. Lagipun, dari kecil lagi parents aku memang manjakan anak-anak dia dengan makanan sampai sekarang. And parents aku siap pesan lagi jangan nak simpan-simpan duit tu. Kalau nak makan, makan je. Kalau tak ada duit nak makan, just mintak je dengan mak. Wuuhhhh…syoknya hidup..hahaha..

Isnin, 7 Disember 2015

Bunga di KMP

Aku ingatkan musim bunga ni cuma ada kat luar negara yang mengalami  4 musim je, tapi kat Malaysia pun ada musim bunga la. Mesti korang tertanya-tanyakan kat manalah tempat kat Malaysia yang ada musim bunga tu, kan?

Tempat ini berada jauh nun di utara. Mana lagi kalau bukan negeri Perlis. Kat Perlis ni bukannya ada sawah padi je u olllsss yang boleh dibanggakan. Ada banyak benda lagi yang boleh dibanggakan oleh orang-orang Perlis ni walaupun Perlis ni adalah negeri yang paling kecil dalam peta Malaysia dan pusat membeli-belah pun tak banyak. Bukan itu je panggung wayang pun tak ada u ollsss. Kesian sis masa duduk sana, tapi sis happy-happy je duduk sana. (erkkk…happy ke?)

Musim bunga ni hanya akan muncul setahun sekali je. Memang rugi la kalau ada orang datang mai melawat perlis tapi tak sempat nak merasa musim bunga kat perlis. Walaupun sekejap aku berada kat Perlis, tapi dah feeling-feeling macam duduk kat Perth je…hehe..(kuat berangan).


Masa first-first sampai kat Perlis ni, tak adalah teruja sangat dengan negeri Perlis ni, tapi bila lama-lama sis duduk sini, sis rasa seronok. Tula orang kata, tak kenal maka tak cinta.



Gambar tu merupakan kenangan aku dan kawan-kawan yang sempat kami rakamkan ketika musim bunga.

Emosi dan Tikam

Emosi dan tikam adalah dua  benda yang berbeza. Ia juga membawa maksud yang berbeza. Emosi ialah perasaan yang ada pada setiap manusia yang bernyawa. Antaranya ialah sedih, gembira, marah teruja, dan sebagainya. Tikam ialah perbuatan yang menusukkan sesuatu benda yang tajam seperti pisau atau gunting kepada anggota badan seseorang hingga menyebabkan kecederaan. Tikam juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan seseorang yang menggunakan kepercayaan yang diberikan kepada kita dengan mengkhianati kita atau secara ringkasnya ialah orang yang mengkhianati kepercayaan kita (maaflah tafsiran ini aku buat sendiri so, cacar marba sikit…heheeh..).
Tikam dan emosi ialah dua benda yang berkait rapat. Apabila kita ditikam lebih-lebih lagi ditikam oleh orang yang kita percaya ianya lagi memeritkan dan secara tidak langsung akan menganggu emosi kita.

Sungguh aku tidak faham apakah tujuan mereka untuk mengkhianati orang yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada dia. Apakah faedah yang mereka dapat di atas perbuatan yang mereka lakukan? Adakah ianya disebabkan harta atau pangkat? Mungkin ya. Aduh.. Hanya disebabkan harta dan pangkat, ada orang yang sanggup melakukan perkara yang salah. L

Ahad, 6 Disember 2015

NOVEL

Aku merupakan hantu novel lebih-lebih lagi novel cinta tapi bukan aku seorang je yang hantu novel. Kat luar sana ada yang lagi teruk daripada aku. hahahaa… (hamboi statement tak nak kalah)
Even aku ni memang minat baca novel, tapi tak adalah novel yang aku beli sampai boleh buat koleksi atau perpustakaan mini kat rumah tu. Hmmmm..macam bukan hantu novel je.... hahaha…. Lol..
Tapi yang aku peliknya macam manalah aku boleh tertarik menarik kau memang deboom dengan novel tu, sedangkan dia punya jalan cerita lebih kurang sama je dengan novel-novel cinta yang lain yang ada kat pasaran atau yang disiarkan di tv. Last-last, heroin bahagia gak dengan hero dia. Penulis dan tajuk novel itu je yang membezakan sesebuah novel itu. Hmmm…itulah manusia atau boleh juga dikatakan itulah perempuan (mungkin lebih tepat perempuan).
Nak dijadikan ceritanya, bila aku dah start menghadap novel, semua benda yang sepatutnya yang aku nak buat semuanya jadi terbengkalai. Selagi aku tak siap baca itu novel, jangan harap aku nak buat kerja lain sampaikan kena marah dengan mak aku baru aku start buat kerja. Itupun aku buat kerja dengan tergesa-gesa sebab nak suruh cepat-cepat siap. So, aku boleh sambung balik baca novel tu…hahaha…
Bukan tu je, bila je aku dapat tahu ada novel yang baru keluar, aku apa lagi berazam dan bercita-cita la nak novel tu tapi tak semua novel baru yang keluar aku nak p beli. Aku tengok dulu siapa penulis dia dan sipnosis cerita dia then kalau aku berminat baru aku beli. Bukan main tangkap muat je.
Kadang-kadang tu sebelum nak beli novel tu, aku terfikir-fikir dulu patut ke tak beli novel ni..hmmm..fikir punya fikir, last-last aku beli gak novel tu sebab dah jatuh cinta pandang pertama dengan novel tu. Bila-bila dah nak dekat akhir-akhir bulan, pokai, tak ada duit nak makan, nak tak nak makan maggi lah jawabnya..hahaha..itulah padanya apabila terlalu terikut-ikut dengan nafsu.

XOXO..PUBLISH..

siapa diriku 2

Aku seorang yang bukan sahaja malas, tetapi aku juga seorang yang cuai juga a.k.a terbolah dalam Bahasa terengganunya…hahaha…
Hmmm…cuai ek? Macam mana pulak kisah aku yang cuai ni?
Haaaa..meh semua rapat-rapat, mari teman story mory kat kome semua…haaahhaaa…
Kisah cuai aku yang pertama ialah cuai time drive kereta. Haaahh…. Bahaya tu cuai time drive kereta boleh bawa maut tu. Time aku drive kereta, aku rasa akulah orang yang paling bahaya sekali kat jalan raya..(aku rasalah)..hmmm..nasib x sempat belajar drift kereta je, kalau tak dah rosak jalan tu kalau dapat kat aku. Maklumlah aku baru je dapat lesen beberapa bulan yang lepas, tu yang syok time drive sampai tak ingat dunia.

 Tapi alhamdulillah, tak ada lagi orang yang mati time aku bawa depa pi jalan-jalan tapi yang nak kena sakit jantung ada..hahaah…. Semua sampai ke destinasi dengan selamat. 
bye2...XOXO..Publish..