Ahad, 6 Disember 2015

NOVEL

Aku merupakan hantu novel lebih-lebih lagi novel cinta tapi bukan aku seorang je yang hantu novel. Kat luar sana ada yang lagi teruk daripada aku. hahahaa… (hamboi statement tak nak kalah)
Even aku ni memang minat baca novel, tapi tak adalah novel yang aku beli sampai boleh buat koleksi atau perpustakaan mini kat rumah tu. Hmmmm..macam bukan hantu novel je.... hahaha…. Lol..
Tapi yang aku peliknya macam manalah aku boleh tertarik menarik kau memang deboom dengan novel tu, sedangkan dia punya jalan cerita lebih kurang sama je dengan novel-novel cinta yang lain yang ada kat pasaran atau yang disiarkan di tv. Last-last, heroin bahagia gak dengan hero dia. Penulis dan tajuk novel itu je yang membezakan sesebuah novel itu. Hmmm…itulah manusia atau boleh juga dikatakan itulah perempuan (mungkin lebih tepat perempuan).
Nak dijadikan ceritanya, bila aku dah start menghadap novel, semua benda yang sepatutnya yang aku nak buat semuanya jadi terbengkalai. Selagi aku tak siap baca itu novel, jangan harap aku nak buat kerja lain sampaikan kena marah dengan mak aku baru aku start buat kerja. Itupun aku buat kerja dengan tergesa-gesa sebab nak suruh cepat-cepat siap. So, aku boleh sambung balik baca novel tu…hahaha…
Bukan tu je, bila je aku dapat tahu ada novel yang baru keluar, aku apa lagi berazam dan bercita-cita la nak novel tu tapi tak semua novel baru yang keluar aku nak p beli. Aku tengok dulu siapa penulis dia dan sipnosis cerita dia then kalau aku berminat baru aku beli. Bukan main tangkap muat je.
Kadang-kadang tu sebelum nak beli novel tu, aku terfikir-fikir dulu patut ke tak beli novel ni..hmmm..fikir punya fikir, last-last aku beli gak novel tu sebab dah jatuh cinta pandang pertama dengan novel tu. Bila-bila dah nak dekat akhir-akhir bulan, pokai, tak ada duit nak makan, nak tak nak makan maggi lah jawabnya..hahaha..itulah padanya apabila terlalu terikut-ikut dengan nafsu.

XOXO..PUBLISH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan