Isnin, 7 Disember 2015

Emosi dan Tikam

Emosi dan tikam adalah dua  benda yang berbeza. Ia juga membawa maksud yang berbeza. Emosi ialah perasaan yang ada pada setiap manusia yang bernyawa. Antaranya ialah sedih, gembira, marah teruja, dan sebagainya. Tikam ialah perbuatan yang menusukkan sesuatu benda yang tajam seperti pisau atau gunting kepada anggota badan seseorang hingga menyebabkan kecederaan. Tikam juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan seseorang yang menggunakan kepercayaan yang diberikan kepada kita dengan mengkhianati kita atau secara ringkasnya ialah orang yang mengkhianati kepercayaan kita (maaflah tafsiran ini aku buat sendiri so, cacar marba sikit…heheeh..).
Tikam dan emosi ialah dua benda yang berkait rapat. Apabila kita ditikam lebih-lebih lagi ditikam oleh orang yang kita percaya ianya lagi memeritkan dan secara tidak langsung akan menganggu emosi kita.

Sungguh aku tidak faham apakah tujuan mereka untuk mengkhianati orang yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada dia. Apakah faedah yang mereka dapat di atas perbuatan yang mereka lakukan? Adakah ianya disebabkan harta atau pangkat? Mungkin ya. Aduh.. Hanya disebabkan harta dan pangkat, ada orang yang sanggup melakukan perkara yang salah. L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan