Sabtu, 12 Disember 2015

G - Great Day

Pada minggu-minggu yang lepas kami selalunya akan diberikan tajuk-tajuk yang spesifik untuk mengarang blog-blog kami, tetapi pada kali ini kamu dibenarkan untuk memilih salah satu abjad daripada 25 abjad iaitu A-Z. Penghuni dalam kelas aku seramai 35 orang, so memang tak cukuplah abjad itu untuk kami semua. Kesimpulannya, kami terpaksa berebut-rebut untuk dapatkan abjad yang kami inginkan. Siapa cepat dia dapat. Aku sedikit lambat ketika itu, akhirnya aku dapat huruf ‘G’. Aku terfikir-fikir apakah tajukyang sesuai untuk tajuk blog aku kali. Sungguh tak terlintas di fikiranku. Fikir punya fikir akhirnya aku dapat tajuk yang sesuai kot iaitu ‘great day’ atau bahasa melayunya hari yang gembira atau hebat.
Hari yang gembira atau great day mestilah bila bersama orang yang tersayang kan atau bila bersama dengan orang yang kita suka. Hari gembira aku..hmmm.. Bagi aku,tiap-tiap hari kena happy, baru syok hidup.
Hmmm..great day aku ialah bila buat something yang kita suka contohnya spend time dengan family, hangout dengan kawan-kawan, makan makanan yang aku suka, baca novel, dan banyak lagi.
Selain hantu novel, aku juga hantu makan. So bila keluar makan, aku rela habiskan berpuluh-puluh ringgit hanya untuk beli makanan je. Bagi aku hanya dengan makan saja, aku dah cukup gembira. Aku memang pantang nampak makanan sedap je terus nak sambar. Lagipun, dari kecil lagi parents aku memang manjakan anak-anak dia dengan makanan sampai sekarang. And parents aku siap pesan lagi jangan nak simpan-simpan duit tu. Kalau nak makan, makan je. Kalau tak ada duit nak makan, just mintak je dengan mak. Wuuhhhh…syoknya hidup..hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan