Isnin, 7 Disember 2015

Bunga di KMP

Aku ingatkan musim bunga ni cuma ada kat luar negara yang mengalami  4 musim je, tapi kat Malaysia pun ada musim bunga la. Mesti korang tertanya-tanyakan kat manalah tempat kat Malaysia yang ada musim bunga tu, kan?

Tempat ini berada jauh nun di utara. Mana lagi kalau bukan negeri Perlis. Kat Perlis ni bukannya ada sawah padi je u olllsss yang boleh dibanggakan. Ada banyak benda lagi yang boleh dibanggakan oleh orang-orang Perlis ni walaupun Perlis ni adalah negeri yang paling kecil dalam peta Malaysia dan pusat membeli-belah pun tak banyak. Bukan itu je panggung wayang pun tak ada u ollsss. Kesian sis masa duduk sana, tapi sis happy-happy je duduk sana. (erkkk…happy ke?)

Musim bunga ni hanya akan muncul setahun sekali je. Memang rugi la kalau ada orang datang mai melawat perlis tapi tak sempat nak merasa musim bunga kat perlis. Walaupun sekejap aku berada kat Perlis, tapi dah feeling-feeling macam duduk kat Perth je…hehe..(kuat berangan).


Masa first-first sampai kat Perlis ni, tak adalah teruja sangat dengan negeri Perlis ni, tapi bila lama-lama sis duduk sini, sis rasa seronok. Tula orang kata, tak kenal maka tak cinta.



Gambar tu merupakan kenangan aku dan kawan-kawan yang sempat kami rakamkan ketika musim bunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan