Ahad, 20 Disember 2015

SESAL

Sesal…hmmm….semua orang pernah merasakan perasaan sesebuah penyesalan. Kadang-kadang bila kita nak melakukan sesuatu perkara, kita jarang memikirkan baik atau buruk jika melakukannya. Kita main redah je, tapi bila dah buat, barulah timbul rasa menyesal.
Aku pernah merasakan perasaan menyesal ni. Bukan sekali tapi dah banyak kali aku merasakan perasaan ini. Itulah jadinya kalau buat benda tu tak pernah nak fikir baik buruknya.
Sesal yang pertama ialah tak study bila time dekat-dekat nak exam. Kononya nak tunjuk pandai kat orang tak study pun tak apa. Tapi bila dah masuk dewan exam, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Last-last tak dapat nak jawab soalan..padan muka aku sendiri. Itu lah berlagak sangat nak tunjuk pandai la konon….kau sendiri yang merana.
Sesal yang kedua, duit. Aku kan suka membazirkan duit. Beli makanan la, beli baju la, beli novel la, beli shawl la, isshhh, pokoknya macam-macam lah aku beli. Sebab selalu ikutkan nafsu yang tak pernah-pernah nak habis ni. Bila dah beli itu ini, duit dah tak ada, baru fikir nak berjimat cermat. Bila time-time tu nak mintak duit dengan parents pun rasa malu sebab gunakan duit itu untuk enjoy. Bila dah jadi macam tu apa lagi makan maggi jela bila dah akhir-akhir bulan.
Hmmm…uollsss semua janganlah jadi macam aku ni. Bila nak buat something tu fikir dulu baik and buruk sesuatu benda tu, baru kita tak menyesal di kemudian hari.

Sekian..salam..terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan